Posts

HAK-HAK JIRAN

Image
Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya: "Tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu?; 1.       Jika ia meminta  tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya. 2.       Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya. 3.      Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya. 4.       Jika ia sakit engkau akan menziarahinya, 5.       Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya, 6.       jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya. 7.      Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya 8.      Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya. 9.      Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu 10.  Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya 11.  Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secar

ADAB BERJIRAN MENURUT ISLAM

Image
Tidak Menyakiti Jiran Sebagai jiran, seseorang itu mestilah menjauhi segala perbuatan yang tidak disenangi oleh jiran tetangganya. Perbuatan tersebut seperti mencuri, membuat bising, memfitnah, membuang sampah berdekatan dengan rumah jiran sehingga menimbulkan bau busuk. Sabda Rasulullah SAW; “Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana gangguannya.” Hadis Riwayat Muslim Dengan itu, sangatlah rugi bagi golongan yang beriman kepada Allah tetapi bersikap buruk terhadap jirannya. Jadi, berlemah-lembutlah terhadap jiran, jangan meninggikan suara, menegur jiran-jiran dengan ucapan salam dan senyuman, sentiasa bersangka baik, menerima teguran jiran atas kesilapan sendiri dan lain-lain hal yang menjaga ketenteraman kejiranan.  Menjaga dan Mengambil-berat Terhadap Jiran Lebih bertanggungjawab jika seseorang itu menjaga kepentingan jiran-jirannya dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran dan perhatian. Bermula dari amalan ni akan melahirkan masyarakat y

Jenis jiran

Di dalam Islam, Jiran terbahagi kepada tiga jenis iaitu jiran tiga hak, jiran dua hak dan jiran satu hak. Nabi s.a.w telah menyatakan dalam hadisnya bahawa Jiran tetangga itu ada tiga jenis: Tetangga muslim yang ada hubungan keluarga baginya, maka dia mendapat hak sebagai tetangga, hak sebagai orang muslim dan sebagai keluarga (kerabat).    Tetangga muslim, baginya mendapat hak sebagai tetangga, dan hak sebagai seorang Islam. Tetangga kafir, maka baginya mendapat hak sebagai tetangga. Dalam sejarah dicatatkan bahawa Khalifah Umar al-khattab mempunyai seorang tetangga Yahudi yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya. Apabila beliau menyembelih kambing beliau sering memberikan sedikit daging kambing tersebut kepada jiran yahudi tersebut.

Pengertian jiran

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga. Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu : Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.